laman utama add la my facebook add la my facebook add la my group add la my group

♥♥ Blog ini adalah hasil daripada pembacaan dan pemerhatianku. Ada diantara fakta dan gambar dlm blog ini saya ambil dari sumber lain samada sengaja dan tidak sengaja. Sekiranya saya terlalai utk memberikan kredit terhadap sumber itu, saya memohon kemaafan. Sekiranya anda tidak sudi dan merasakan ia melanggar hak anda, saya memohon agar Anda menyatakan kpd saya dan akan saya padam artikel/ gambar/apa2 tersebut sekiranya diminta. Saya hanya budak baru belajar dan ingin berkongsi ilmu dunia dan akhirat.Wasalam..♥♥

Sunday, 29 July 2012






Blog ini ditubuhkan pada 23 Julai 2012. Ia ditubuhkan bertujuan untuk memenuhi kehendak kerja kursus pendek (KKP) Guru dan Cabaran Semasa ( EDU 3109). Kerja kursus ini dilaksanakan secara berpasangan. Ia terdiri daripada Izzah Hani Binti Mohd Sabri dan Liyana Binti Mohd Ali. Kerja Kursus ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A,B dan C. Bahagian A kami diminta melaksanakan ia secara individu manakala bahagian B dan C adalah secara berpasangan.

Transformasi pendidikan seharusnya berterusan supaya sistem pendidikan negara sentiasa relevan dengan keperluan semasa. Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai reformasi khususnya inovasi dan perubahan dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru menjadi lebih mencabar. Guru perlu melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang inovatif di samping berdepan dengan masalah tekanan emosi murid. Ini bermakna guru perlu terus belajar untuk melaksanakan tugas yang kompleks secara professional.

0 comments:

Post a Comment